Wednesday, November 6, 2013

WANG BUKAN FAKTOR UTAMA JADI USAHAWAN BERJAYA



"Untuk menjadi usahawan yang berjaya, ia bukanlah hanya disebabkan mengejar wang semata-mata".
Itu prinsip yang dipegang Pengasas dan Pengarah Urusan Hyrax Oil Sdn Bhd Datuk Hazimah Zainuddin sehingga beliau berjaya mengukir kejayaan sama ada dalam pasaran negara mahupun antarabangsa.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, ia bukanlah disebabkan mengejar kekayaan semata-mata tetapi mengajar kita erti susah senang dalam kehidupan yang memerlukan kita untuk berusaha dalam memberikan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan iaitu pengetahuan, kemahiran dan jaringan rangkaian perniagaan yang perlu sentiasa diperkasakan. Usahawan juga perlu mengetahui cara-cara perniagaan yang betul dari aspek penyediaan akaun dan juga strategi pemasaran. Bagaimanapun, semua ini tidak bermakna tanpa mengaplikasikan teknologi dalam perniagaan.

kredit : (http://smeshack.bernama.com/newsBm.php?id=643744)

0 comments:

Post a Comment